Rumi ke Jawi - Dapatkan Aplikasi Telefon ini di GooglePlay / AppStore Sekarang


Rumi ke Jawi versi Aplikasi Telefon (Buat masa sekarang, hanya pengguna telefon pintar Android sahaja boleh menggunakanya ).

Aplikasi ini dibangunakan adalah bagi memudahkan para guru dan pelajar menterjemahkan sama ada jawi ke rumi ataupun sebaliknya.

Berkenaan:
  • Aplikasi ini merupakan aplikasi penterjemah perkataan Rumi kepada Jawi ataupun disebaliknya.
  • Aplikasi ini amat sesuai untuk guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah dan yang paling penting aplikasi ini amat mudah untuk digunakan.

Keperluan untuk menggunakan applikasi ini:
  • Untuk menggunakan aplikasi ini, 'Internet Network' diperlukan.

Informasi Lain:

  • Kelantan adalah salah satu negeri yang mengsyaratkan tulisan jawi di setiap papan iklan.
  • Kerajaan Negeri juga berharap agar semua jabatan dan agensi menggunakan kepala surat yang mengandungi tulisan jawi supaya pembaharuan ini dapat diselaraskan dan diguna pakai oleh semua pihak.

Kami berharap aplikasi ini memberi manfaat kepada semua pengguna dan bersama-sama kita memperkasa penggunaan tulisan jawi di Malaysia mahupun di peringkat global.


Gambar-gambar contoh aplikasi ini:




Cuba aplikasi ini dengan memuaturun di GooglePlay


Terbaru 27 May 2020 - App Rumi to Jawi dah ada dekat App Store

https://apps.apple.com/us/app/rumi-ke-jawi/id1515453968#?platform=iphone

Credit: UKM Jawi




POSTED BY juong

Cara Install Arabic dotted letter / Huruf Arab "titik-titik"


Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini

Kalau dah install, Berikut adalah step untuk mejadikan Arabic font dalam bentuk titik-titik (dotted):
1. Download Arabic dotted di sini
2. Extract file and copy  it (ctrl+c).
3. Lepas tu, pergi ke Control Panel, double click "fonts" and paste it (ctrl+v).
4. Done. boleh guna.

POSTED BY juong

Maksud Deed of Assignment (DOA)


Deed of Assignment atau surat ikatan tugasan adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik. Ia digunakan apabila hartanah masih lagi dibawah geran induk (Master Title).

Penting ke Dead of Assignment ni?
Deed of Assignment adalah satu pegangan hartanah yang juga penting  jika anda memilikinya ia sepatutunya diletakkan ditempat yang selamat bersama-sama perjanjian jual beli. Cuma hartanah jenis pegangan induk ini kebiasaanya adalah hartanah bertingkat seperti pangsapuri (apartment), kondominium (Condominium) dan kedai pejabat (Shop office) yang bertingkat dan mempunyai lot atau unit yang belainan pemilik. Sebagai pemilik baru (sementara) anda tidak  boleh memindah, mencagar atau menjual hartanah ini melainkan ia mendapat kebenaran dari pihak pemaju.


POSTED BY juong

Javascript: Live countdown to date end (With leading zero for number less than 10)


<script>
    CountDownTimer('05/05/2016 05:04 PM');

    function CountDownTimer(dt)
    {
     var end = new Date(dt);

     var _second = 1000;
     var _minute = _second * 60;
     var _hour = _minute * 60;
     var _day = _hour * 24;
     var timer;

     function showRemaining() {
      var now = new Date();
      var distance = end - now;
      
      var days = Math.floor(distance / _day);
      var hours = Math.floor((distance % _day) / _hour);
      var minutes = Math.floor((distance % _hour) / _minute);
      var seconds = Math.floor((distance % _minute) / _second);
      
      if (distance < 0) {

       clearInterval(timer);
       days = '00';
       hours = '00';
       minutes = '00';
       seconds = '00'; 
      }
      
      document.getElementById('countdown_days').innerHTML = addZero(days);
      document.getElementById('countdown_hrs').innerHTML = addZero(hours);
      document.getElementById('countdown_mins').innerHTML = addZero(minutes);
      document.getElementById('countdown_secs').innerHTML = addZero(seconds);
      
     }

     timer = setInterval(showRemaining, 1000);
    }
    
    function addZero(number) {
      if (number<10) { number = ('0'+number).slice(-2); }
      return number;
    }

   </script>


POSTED BY juong

MyDeposit 10% Pendahaluan Membeli Rumah Pertama - KPKT


Bermula 6 April 2016, sesiapa yang berazam nak beli rumah pertama, anda dah boleh mula buat permohonan Duit Pendahaluan 10% kat laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akhirnya, impian nak memiliki rumah pertama semakin hampir menjadi realiti. Best best!


Bagi yang belum tahu, di sini saya kongsikan sikit maklumat skim MyDeposit ni untuk bacaan dan pemahaman.

Apa itu Skim MyDeposit?
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan memperuntukkan RM200 juta sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah.

10% Deposit untuk Pembelian Rumah Baru
Skim ini berikan sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah atau bantuan maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah), untuk pembeli rumah kali pertama.

Projek Perumahan mana yang dibenarkan untuk memohon MyDeposit ni?
Hanya projek berikut sahaja yang dibenarkan:
  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
Dan yang tak dibenarkan adalah:
  • Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),
  • Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA),
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR),
  • Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP),
  • dan Projek Perumahan Mesra Rakyat.
Syarat dan Kelayakan PERMOHONAN MyDeposit 10%
KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak  
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan skim MyDeposit 10% ni:Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.
*Langkah-langkah untuk memohon disini.

Bantuan / Masalah boleh hubungi KPKT di
Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit ):
03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
Melalui emel: 
mydeposit@kpkt.gov.my







POSTED BY juong

eFilling Cukai Pendapatan LHDN 2016


Sekarang ni dah masuk musim buat e-Filling cukai pendapatan. Mungkin ramai tak tahu mana nk isi, tambah-tambah yang baru kali pertama buat e-Filling ni. Jadi bagi memudahkan untuk mengisi e-Filling cukai pendapatan LHDN ni, boleh lah refer steps di bawah (Individual):

Step 1: Pergi ke laman web rasmi LHDN: https://ez.hasil.gov.my/CI/
Step 2: Buat pendaftaran untuk pengguna kali pertama. Klik Di sini
Untuk pengguna kali pertama, sila ikut proses berikut:
•  Mohon No. PIN Individu, boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
•  Atau boleh daftar online untuk dapatkan No.Pin ini: Daftar Di Sini.

 Step 3: Siap daftar dan login kali pertama, anda boleh la mula buat e-Filling > e-Borang > e-BE dan pilih Tahun Taksiran tahun lepas. Dan isi semua.

Done. Kalau bernasib baik boleh dapat refund balik. selamat mengefilling!





POSTED BY juong

Tempat Menarik di Pulau Langkawi


Pulau Langkawi atau Langkawi Island merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Pulau ini amat terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga lagenda masa silam.

Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Dengan adanya status bebas cukai ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah.

Destinasi pelancongan paling menarik di Langkawi pasti membuatkan pelancong teruja untuk menerokainya. Pelancong tidak akan terlepas dari menjejaki pulau yang terkenal di Malaysia ini dengan tarikan yang menjanjikan landskap semulajadi seperti muara sungai yang mengalir di antara gunung-ganang, hutan hujan tropika yang kekal serta tempat-tempat bersejarah.


Berikut disenaraikan tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong sebelum meninggalkan Langkawi:

  1. Pantai Cenang, Langkawi
  2. Sky Bridge Langkawi
  3. Dataran Lang
  4. Kereta Kabel Langkawi (Cable Car)
  5. Underwater World Langkawi
  6. Muzium Paradise 3D Langkawi
  7. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
  8. Taman Marin Pulau Payar
  9. Air Terjun Telaga Tujuh
  10. Taman Langkawi
Untuk baca lebih details tempat-tempat menarik di langkawi ini, boleh KLIK DISINI
 



POSTED BY juong

Cara Solat Jenazah


Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap hari, kematian akan berlaku, tidak kira tua atau pun muda, itu dinamakan ajal. Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka menjadi tanggungjawab kepada orang di sekelilingnya untuk menguruskan jenazah tersebut.

Menguruskan jenazah hukumnya adalah Fardhu Kifayah iaitu jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

"Sebaik-baik solat jenazah adalah diimamkan oleh anaknya sendiri."

Mungkin ramai dikalangan kita belum mengetahui cara solat jenazah dengan betul dan terperinci, di sini saya ingin berkongsikan cara-cara solat jenazah. Semoga artikel ini menjadi panduan kepada semua.


Pengertian Solat Jenazah

Pengertian Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan dengan 4 kali takbir mengikut tertibnya.

Rukun Solat Jenazah 

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Berikut adalah rukun solat jenazah:
  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
  2. Berdiri bagi yang berupaya
  3. Bertakbir empat kali
  4. Salam 
Persediaan Solat Jenazah

Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.

Kedudukan Jenazah Semasa Melakukan Solat Jenazah
1. Jenazah Lelaki
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  kepala, dada atau bahu jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kiri imam.
2. Jenazah Perempuan
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  pinggang jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kanan imam.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Panduan Ringkas Cara Solat Jenazah

 1. Takbir Pertama: Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَÙƒْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

Berikut adalah niat mengikut jantina (Klik untuk besarkan):



2. Setelah Takbir Kedua: Baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W

3. Setelah Takbir Ketiga: Baca doa berikut:
Untuk mayat lelaki: Allahummargh firlahu warhamhu 
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat perempuan: Allahummargh firlaha warhamha  
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah Takbir Keempat (Akhir): Beri salam. 


Rujukan:
[1] Shafiqolbu.com 
[2] Syahirul.com







POSTED BY juong

Sewa lori RORO di Kelantan 2016


Mencari lori RORO untuk di sewa di Kelantan? Anda boleh hubungi company AILC yang berpusat di Kota Bharu Kelantan. Sewaan lori RORO di kelantan bagi daerah-daerah di kelantan, seperti Kota Bharu, Pasir Putih, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Machang, Tanah Merah dan lain-lain tempat (Hubungi dulu).



Berikut adalah info berkenaan syarikat AILC yang menyediakan sewaan lori RORO tu.

Syarikat AILC menyediakan khidmat seperti berikut:

1. Sewaan Roll on Roll Off (RORO)

Aktiviti utama kami adalah sewaan RORO Bins di sekitar Kelantan. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan. Sewaan roro bins adalah bagi aktiviti pembinaan, sampah pukal dan lain-lain lagi atas permintaan anda.

2. Tong Sampah Kitar Semula

Membekal tong sampah kitar semula.

3. Khidmat Mencuci Tempat Kediaman / Persekitaran


Kami di AILC Enterprise, bukan sahaja menyediakan khidmat pungutan sampah, malah kami juga turut menyediakan khidmat membersih kediaman anda. Dan kami amatlah komited dalam hasil kerja ini agar menjamin kepuasan hati anda.

Alamat Operasi: Lot 1710, Kg Bechah Mulong, 16400 Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Cawangan: Putra Height, Selangor
No Tel: +6017.4273357 (Azizul)
Emel: kuheyjo@yahoo.com
FB: Khidmat kebersihan dan roro bins
Website: http://www.ailc.com.my



POSTED BY juong

Bahasa Kewangan Islam


1. Kalau simpan ia 'wadiah"
2. Kalau labur ia 'mudarabah'
3. Kalau di'urus' ia 'wakalah'
4. Kalau yuran ia 'ujrah'
5. Kalau TT ia 'hawalah'
6. Kalau rebate ia 'ibraa'
7. Kalau caj gantirugi  ia 'tawidh'
8. Kalau penalti ia 'gharamah'
9. Kalau berjanji ia 'waad'
10. Kalau gadai ia 'rahnu'
11. Kalau pinjam ia 'qard'
12. Kalau adat ia 'uruf'
13. Kalau gerenti ia 'kafalah'
14. Kalau bagi deposit ia 'urbun'
15. Kalau sewa ia 'ijarah'
16. Kalau jual ia 'Bai'
17. Kalau untung rugi bersama ia 'musyarakah'
18. Kalau kongsi untung beramanah ia 'mudarabah'
19. Kalau beri hadiah ia 'hibah'
20. Kalau tolong menolong ia 'takaful'

POSTED BY juong

Khidmat Pelupusan Sampah & Kitar Semula di Kelantan | Sewaan lori RORO Bins


Pelupusan Sampah dengan cara yang betul amat penting demi kesejahteraan alam ini. Kitar Semula merupakan salah satu cara untuk melupuskan sampah dengan efektif.

Apa itu Kitar Semula?
Kitar Semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru atau mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,  mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran),  pencemaran air (daripada tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau  (greenhouse gas emission) berbanding penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Kitar semula setentunya dapat mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk. Bahan yang boleh dikitar semula termasuk jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik.



JENIS - JENIS BAHAN YANG BOLEH DI KITAR SEMULA

1. Kertas (Tong Warna Biru)
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna biru.


2. Kaca (Tong Warna Coklat)
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna coklat. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

3. Plastik (Tong Warna Jingga) 
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.


Akhir kata, bagi melaksanakan amalan kitar semula ini, marilah kita sama-sama membeli tong sampah kitar semula. Maaflah panjang-panjang intro, kita nok jual tong sampah kitar semula jah benar. hehe.

Mana nak cari tong sampah kitar semula di Kelantan?
Untuk mencari tong sampah kitar semula di kelantan, boleh la ke laman web ini: www.ailc.com.my untuk maklumat lebih lanjut. Atau hubungi Azizul di talian +6017.4273357

Selain membekal tong sampah kitar semula, AILC juga membekal beberapa jenis tong sampah lain seperti Tong Sampah Beroda Dua, Tong Sampah Beroda Empat dan banyak lagi.

Selain Tong Sampah??? Ada ada, AILC menyediakan sewaan lori RORO Bin, kegunaan untuk mengangkut sampah atau pun bahan buangan bangunan dan majlis, khususnya di Kelantan. 


Ni la dikatakan lori RORO tu.

Ni tempah letak bahan buangan atau sampah. Boleh sewa juga dengan AILC. call Je Azizul, +6017.4273357. Kelantan cik siti wan kembang saje.

Sekian kesedaran kitar semula dari juong!







POSTED BY juong

Ruby BillPlz API


Sample code below are for create collection ID and create bill.
Others API you can refer on their website: https://www.billplz.com/api

Steps:
1. Install Gem HTTPARTY
gem install httparty refer here: https://github.com/jnunemaker/httparty
2. Use the code provided below and put in your controller
3. Done!


POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top