Sains Komputer mencabar dan sangat menarik!


1klassififieds 25 NOVEMBER 2008

Komputer? Komputer ada sesuatu aset penting dalam kehidupan saharian kini. Semua pekerjaan amat memerlukan komputer kerana meliputi semua aspek pekerjaan. Untuk pengetahuan umum, komputer di perkenalkan pada 1840-an lagi.

Bidang sains komputer yang secara umumnya adalah penkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat sama ada dari segi perkakasan atau perisian.Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan kepentingan masyarakat dan bidang ini meliputi aspek luas dan mampu memudahkan kehidupan manusia.

Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi, tidak hairan permitaan dalam industri ini sangat tinggi manakalamereka yang berkepakaran atau mempunyai kelayakan mudah menjadi perhatian majikan.

Jesteru, tidak hairan apabila bidang ini mendapat penawaran meluas di universiti dalam dan luar negara kerana menjadi antara bidang paling progresif, mencabar serta menarik kerana mempeajari pelbagai penemuan baru berkaitan teknikal.
Antara perkara penting dalam sains komputer adalah BAHASA PENGATURCARAAN. Penggunaan ICT dalam era teknologi menjadikan ia aspek wajib dalam kehidupan individu mahupun organisasi.


POSTED BY juong

Apa itu Bahasa Pengaturcaraan Komputer?


Pengaturcaraan komputer merujuk kepada aktiviti menulis atau membangunkan sesuatu aplikasi untuk tujuan tertentu.

Ia adalah kemahiran yang ditulis bagi membuat set arahan bagi membolehkan diterjemahkan dan difahami serta dilaksanakan oleh komputer.

Pelbagai pengatucaraan yang digunapakai sekarang adalah seperti C, C++, Asembly, JAVA, VB.NET dan terbaru adalah PHP.

Gambar Hiasan

Kemahiran membina aturcara ini memerlukan kefahaman dan gambaran dalam bentuk logik. Fungsi utama bahasa pengaturcaraan adalah untuk membolehkan pengaturcara menyampaikan hasrat dan fungsi aplikasi dengan lebih mudah.

Bahasa pengaturcaraan yang baik akan memudahkan jurutera perisian mencipta produk perisian baru yang ebih ringkas serta mudah difahami.

dipetik dari estidotmy: April 2010



POSTED BY juong

Jurutera Perisian – Perlu Penguasaan Logik



Pembangunan sistem komputer secara asasnya melibatkan gabungan antara perisian dan perkakasan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pemprosesan data.

Bagi memastikan rangkaian sesebuah komputer mungkin akan mengalami masalah atau ganguan. Disiplin ilmu perisian sebenarnya merujuk kepada program-program yang membenarkan komputer melaksanakan pelbagai tugasan.

Bagi sesetengah individu, bidang ini

berkemungkinan dilihat sebagai sesuatu yang sukar difahami kerana banyak melibatkan jaringan maklumat berbentuk teknikal. Oleh kerana itu, seorang jurutera perisian memerlukan penguasaan ilmu berkaitan logik dan pengaturcaraan sebelum terlibat secara langsung dalam bidang tersebut.

Dalam proses membangunkan sesebuah perisian, jurutera yang bertanggungjawab perlu mengambil perhatianterhadap konsep dan keperluan yang ingindiketengahkan. Ia adalah bertujuan supaya produk yang bakal dihasilkan kelak menepati kehendak yang telah ditentukan oleh pelanggan.

Kejuteraan perisian sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisiaan pengguna.

Implementasi perisian sistem adalah merujuk kepada kawalan perkakasan dan pengendalian sistem komputer secara lebih mudah.

Bagi perisian pengaturcaraan pula, tujuan pembinaanya adalah untuk menyediakan platform kemudahan dala pembikinan perisian itu sendiri.

Perisian penggunaan atau aplikasi, pembagunannya adalah untuk membantu pelaksanaan tugas peranti luar yang tiada kaitan dengan komputer utama.

Menggabungkan kesemua bentuk perisian itu, ia akan menghasilkan aplikasi dengan fingsi bersepadu dan berkualiti. Memndangkan bidang perkomputeran kini semakin berkembang dengan pesat, maka kerjaya sebagai jurutera perisian dilihat mempunyai masa depan yang cerah. Manakan tidak, setiap hari semakin banyak applikasi dibangunkan untuk pelbagai tujuan seperti perkhidmaatan, pendidikan mahupun hiburan.

Secara teknikalnya, pembanguan semua aplikasi itu pastinya melibatkan sokongan teknologi perisian. Bagi mendalami bidang yang penuhmencabar itu, kini terdapat banyak universiti awam dan swasta menawarkan pengajian mengenainya.

Antaranya seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Multimedia Universiti dan Universiti Limkokwing.

Peluang kerjaya yang akan digapai seperti jurutere penyelidik perisian, pereka perisian dan juruteraaplikasi perisian komputer.


diambil dari: estidotmy – Januari 2010 oleh NAZRUL AZMIN SHARUDDIN



POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top