Teknologi yang diharuskan dalam Islam


1) Kaedah persenyawaan teknik bantuan Re-produktif (ART).

Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan memasukkan sperma/embrio ke dalam wanita. Islam mengharuskan penggunaan ART bagi pasangan suami isteri sah yang tidak mampu dikurniakan zuriat melaui proses normal. Kaedah ini menjadi haram apabila sperma/embrio dimasukkan ke dalam wanita selepas kematian suami atau penceraian.

Walaupun kaedah persenyawaan ART dibuat sebelum kematian atau penceraian sepasang suami isteri dan kemudian disimpan beku (sperma dan embrio), ia tidak boleh digunakan lagi jika tiada lagi ikatan perkahwinan.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi pasangan suami isteri dalam pelaksanaan kaedah ART bagi mendapat zuriat ialah :

a. Hanya embrio yang bebas daripada penyakit genetik boleh dipindahkan ke rahim isteri.

b. Kajian untuk menukar sifat semula jadi seperti warna kulit,mata dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

c. Menyimpan beku sperma dan embrio hanya boleh dilakukan di pusat ART yang bertauliah dan diiktiraf, bagi memastikan sistem dokumentasi yang tepat agar tidak berlaku percampuran benih.

d. Pemilihan jantina embrio dubenarkan hanya jika jantina itu mempunyai satu penyakit genetik yang serius.

e. Kajian yanng berunsurkan komersial dan tiada kaitan dengan kesihatan ibu atau janin tidak dibenarkan.


2) Bayi Tabung Uji

Definisi bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu dengan menggunakan teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF).

Sejarah menunjukan Kaedah kelahiran bayi tabung uji melalui IVF berjaya dilakukan pada mulanya ke atas haiwan. Orang pertama bertanggungjawab melaksanakannya adalah Dr. Shang di Boston, US pada tahun 1959 yang telah berjaya dengan teknik IVF ke atas arnab.

Kejayaan pertama dalam sejarah dunia, Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.Robert Edwards di samping Dr Patrick Steptoe. Kejayaan tersebut terhasil selepas 100 percubaan menemui kegagalan.

Terdapat beberapa pendapat ulama’ tentang bayi tabung uji :

a) Ada ulama’ yang membolehkan dengan beberapa syarat.

b) Ada juga yang menganggap haram kerana seakan-akan mengubah takdir Allah.

c) Dalam Islam, ulama’ berpendapat, bayi tabung uji bukan mengubah takdir atau ciptaan Allah. Sebab manusia dan doktor berusaha membuat sesuatu yang baru, tetapi hanya berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Dalam pertemuan ulama’ Fiqah Islam sedunia di Amman, Jordan pada 11-16 oktober 1986, membincang dan menghasilkan beberapa keputusan mengenai pembahagian pembuatan bayi tabung uji seperti berikut :

a) Apabila kesalahan ada pada pihak isteri, sehingga mereka mengambil ovum wanita lain untuk dicampurkan dengan sperma suaminya(ke dalam tabung uji atau langsung), kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri lelaki.

b) Apabila kesalahan pada pihak suami, sehingga keluarga ini terpaksa mengambil sperma lelaki lain untuk dicampurkan dengan ovum isterinya(dalam tabung uji atau langsung), kemudian disuntik ke dalam rahim wanita lain.

c) Sperma suami dan ovum isteri dalam keadaan baik, akan tetapi mereka ingin melahirkan bayi melalui rahim perempuan lain, dengan mengambil sperma dan ovum pasangan dan disatukan (dalam tabung uji atau langsung),kemudian disuntik kedalam rahim wanita lain.

d) Sperma suami dan ovum isteri tidak baik atau ingin benih orang lain, sehingga mereka mengambil sperma dan ovum orang lain untuk disimpan di dalam tabung uji atau langsung disuntik kedalam isterinya.

e) Apabila lelaki itu memiliki dua isteri, dimana sperma suami dan ovum isteri pertama disatukan dalam tabung uji, kemudian disuntik kedalam rahim isteri kedua.


Yang dibolehkan :

a) Percampuran sperma suami dan ovari isteri kedalam tabung uji lalu disuntik kedalam rahim isteri.

b) Sperma suami disuntikkan secara langsung kedalam rahim isteri sehingga berlaku pembenihan langsung di rahim isteri tanpa proses persetubuhan.

Manakala keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 5 pada 16-17 november 1982 memutuskan :

a) Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah disisi Islam atau sebaliknya.

b) Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.

c) Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan melalui cara yang bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.


3) Pembedahan plastik yang dibenarkan Islam.

ISLAM melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal bahagian tubuh manusia seperti diciptakan Allah SWT dengan alasan untuk kelihatan cantik selain bertujuan kosmetik.

Ada hadith hukum yang berkaitan mengubah ciptaan Allah seperti Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

Daripada Abdullah katanya ; Allah s.w.t melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, yang mencukur alis,menjarangkan gigi untuk kecantikkan, yang mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Walaubagaimanapun, Penulis buku ‘Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam’, Ahmad Dahlan Salleh, berkata pembedahan plastik dan kosmetik hanya dibenarkan Islam adalah seperti berikut :

a) Untuk tujuan perubatan dan kesihatan semata-mata manakala tujuan selain itu tidak dibolehkan serta haram mengikut syariat Islam.

b) Tujuan bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal.

c) Keadaan lain yang dibenarkan syarak adalah pembedahan plastik itu dilakukan untuk memulihkan kesihatan seseorang yang sebelum ini sering terganggu atau semakin mudarat.

Contoh pembedahan yang dibolehkan ialah :

a) Contohnya jika seseorang yang cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk dilakukan pembedahan plastik terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.Ini disebabkan kejadian wajah manusia normal, mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal, katanya.


b) Contoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas, maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi memperbesarkan lubang hidungnya.Tetapi jika dia ingin menjalani pembedahan sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik, maka perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkan,” katanya.

c) Pemindahan organ seperti jantung,hati dan sebagainya.Hal ini untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah, yang merupakan bahagian dari tubuh manusia, telah merata di negara-negara kaum muslim tanpa ada seorang ulama pun yang mengingkarinya, bahkan mereka menganjurkannya atau ikut serta menjadi penderma.

Ajaran Islam dan Fatwa membenarkan semua jenis pemindahan organ dan tisu jikalau beberapa pra-syarat dipenuhi. Kebenaran ini adalah berdasarkan tiga prinsip perundangan Islam iaitu :

1. Berusaha untuk menghindarkan mudarat yang besar dengan melakukan mudarat kecil.

2. Darurat mengharuskan yang dilarang.

3. Menjaga maslahat iaitukebaikan manusia berterusan dan didalam konteks berusaha untuk mencari ubat bagi setiap penyakit.

d) Meratakan gigi iaitu merupakan rawatan perubatan pergigian untuk menyamakan barisan gigi seseorang bagi mengelak berlakunya jongang yang memalukan.



POSTED BY juong

3 Responses to : Teknologi yang diharuskan dalam Islam

  1. jom2...sihat selalu ye:)

  2. asya03 says:

    mahal weh ivf.........bukan nye murah................

  3. Anonymous says:

    Mohon share untuk memberi pencerahan kepada sahabat yang kurang jelas hukum ivf

Popular Posts

.

Back to Top