Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat




Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



POSTED BY juong

Adelia Homestay Pasir Mas Kelantan


Mana nak cari Homestay kat kelantan ni? terutama homestay kat Pasir Mas. Google punya google, jumpa blog ni kan.. :P. Ok, aku ada satu Homestay nk promo ni, kat Kg gua Pasir Mas. Sebelum bagi info tentang homestay ni, jom layan gambar2 berkenaan dulu.

Gambar-gambar Adelia Homestay:
http://www.adeliahomestay.com/gallery/

Menarik dengan homestay @ guest house Pasir Mas ni, adalah:
  • Berdekatan dengan bandar pasir mas, hanya 3KM sahaja.
  • Banyak kawasan menarik untuk dikujungi seperti Rantau Panjang,  Wakaf Cek Yeh, Pasar Besar Kota Bharu, KBMALL.
  • Selain tempat menarik, restoren jugak banyak yang best2... Paling dekat 300 Meter sahaja. Pasir Mas juga terkenal dengan Mee Udang dan Satey. Sampai sana jangan lupa cuba!
  • Kawasan lain yang berdekatan dengan Homestay ini, boleh tengok di sini: Nearby Adelia Homestay
  • Harga pun amat berpatutan, homestay ni RM200 je satu malam, tiga bilik, ada ruang tamu, dapur.
  • Kawasan homestay dekat dengan jalan utama. boleh kata ni homestay semua dekat lah!
Ni link web Adelia Homestay Pasir Mas Kelantan. [www.adeliahomestay.com]. Boleh la booking melalui website ni! Nak jimat masa boleh je amek contact kat bawah ni:

Phone: +601119933928 (Whatapps) / +60199365135 (Call/SMS)
Email: syukrirazak18@gmail.com 
Facebook: fb.com/adelia.homestay.kelantan

Location:




POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top