Khidmat Pelupusan Sampah & Kitar Semula di Kelantan | Sewaan lori RORO Bins


Pelupusan Sampah dengan cara yang betul amat penting demi kesejahteraan alam ini. Kitar Semula merupakan salah satu cara untuk melupuskan sampah dengan efektif.

Apa itu Kitar Semula?
Kitar Semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru atau mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,  mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran),  pencemaran air (daripada tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau  (greenhouse gas emission) berbanding penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Kitar semula setentunya dapat mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk. Bahan yang boleh dikitar semula termasuk jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik.



JENIS - JENIS BAHAN YANG BOLEH DI KITAR SEMULA

1. Kertas (Tong Warna Biru)
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna biru.


2. Kaca (Tong Warna Coklat)
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna coklat. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

3. Plastik (Tong Warna Jingga) 
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.


Akhir kata, bagi melaksanakan amalan kitar semula ini, marilah kita sama-sama membeli tong sampah kitar semula. Maaflah panjang-panjang intro, kita nok jual tong sampah kitar semula jah benar. hehe.

Mana nak cari tong sampah kitar semula di Kelantan?
Untuk mencari tong sampah kitar semula di kelantan, boleh la ke laman web ini: www.ailc.com.my untuk maklumat lebih lanjut. Atau hubungi Azizul di talian +6017.4273357

Selain membekal tong sampah kitar semula, AILC juga membekal beberapa jenis tong sampah lain seperti Tong Sampah Beroda Dua, Tong Sampah Beroda Empat dan banyak lagi.

Selain Tong Sampah??? Ada ada, AILC menyediakan sewaan lori RORO Bin, kegunaan untuk mengangkut sampah atau pun bahan buangan bangunan dan majlis, khususnya di Kelantan. 


Ni la dikatakan lori RORO tu.

Ni tempah letak bahan buangan atau sampah. Boleh sewa juga dengan AILC. call Je Azizul, +6017.4273357. Kelantan cik siti wan kembang saje.

Sekian kesedaran kitar semula dari juong!







POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top