Anak Ke Berapa Dalam Keluarga?


Mengetahui seseorang itu anak yang ke berapa dalam keluarga dengan menggunakan rumusan matematik. Sebagai contohnya:

Dalam keluarga anda terdapat 10 orang beradik, anda adalah anak kelima. Anda ada 2 orang kakak dan 2 orang abang serta 5 orang adik. Rumusan matematik adalah seperti berikut:

Langkah 1: (Jumlah Abang) x 2 + 3 x 5 +(Jumlah kakak) x 10 +(Jumlah adik) = (Jumlah Semua).

Langkah 2: (Jumlah semua) – 150.

Anda anak keberapa akan diketahui selepas pengiraan langkah 2 selesai. Bagi memudahkan lagi, saya sertakan pengiraan berdasarkan contoh di atas.

Jumlah Abang: 2;

Jumlah Kakak: 2;

Jumlah Adik: 5;

Anda anak keberapa berdasarkan rumus di atas ????

Langkah 1: 2 x 2 + 3 x 5 + 2 x 10 + 5 = 375

Langkah 2: 375 – 150 = 225

Tambah 1 pada angka kedua terakhir dengan jadikan 225 kepada 2215. Anda adalah anak ke 5. Caranya dengan menambah jumlah yang ada iaitu 2+2+1 dengan mengabaikan angka yang terakhir.

Cara sebegini mungkin menyusahkan kita kerana anda anak ke berapa boleh diketahui dengan cara mencongak apabila mengetahui jumlah abang dan kakak. Namun, apa yang ingin di tonjolkan di sini adalah Keindahan Matematik.



POSTED BY juong

Doa Majlis Rasmi -->




Ya Allah Ya Tuhan Kami, yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang, kami sekalian hamba-Mu yang
berada di majlis yang mulia ini,

Memohon Rahmat dan Hidayag-Mu semoga diberikan
cahaya petunjuk kepada hati kami,


Engkau berkatilah usaha kami dalam menjana pembangunan
dan kemajuan di tempat kami,

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Taufik dan Hidayah-Mu,
sebagai panduan dalam melaksanakan projek yang
akan dijalankan ini.

Ya Allah, Restuilah segala perancangan ini dan
bimbinglah kami dengan sinaran petunjuk-Mu
yang berterusan bagi mencapai kecermelangan sebagaimana
kami harapkan.


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Mantapkanlah semangat dan
keazaman kami dalam menjayakan projek ini
dengan penuh kesabaran demi memajukan bangsa,
agama dan negara.






POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top