PHP: Pengiraan Jumlah Pengunjung


Salam, ni aku nak kongsikan coding untuk mengira jumlah pengujung ke website kita. boring beb!

step 1: Code yang ni letak atas sekali dalam page. Pastikan database dah buat.
session_start();
if(isset($_SESSION['ip3']))
{
mysql_select_db($database_connection, $connection);
$query_count = "SELECT * FROM `count`";
$count = mysql_query($query_count, $connection) or die(mysql_error());
$row_count = mysql_fetch_assoc($count);
$totalRows_count = mysql_num_rows($count);

$total = $row_count['total'];

}
else
{
mysql_select_db($database_connection, $connection);
$query_count = "SELECT * FROM `count`";
$count = mysql_query($query_count, $connection) or die(mysql_error());
$row_count = mysql_fetch_assoc($count);
$totalRows_count = mysql_num_rows($count);

$total = $row_count['total']+1;

include('connection.php');
$sql = "update count set total='$total' where id='$row_count[id]'";
if (!mysql_query($sql,$con))
{
die('Error: ' . mysql_error());
}

$_SESSION['ip3'] = 1;
}


step 2: Dan yang ni code untuk display counter viewer. letak je tempat yang rasa korang suka.


if(strlen($total)==1) {echo "00000000".$total."";}
elseif(strlen($total)==2)
{echo "0000000".$total."";}
elseif(strlen($total)==3)
{echo "000000".$total."";}
elseif(strlen($total)==4)
{echo "00000".$total."";}
elseif(strlen($total)==5)
{echo "0000".$total."";}
elseif(strlen($total)==6)
{echo "000".$total."";}
elseif(strlen($total)==7)
{echo "00".$total."";}
elseif(strlen($total)==8)
{echo "0".$total."";}
elseif(strlen($total)==9)
{echo "".$total."";}


Ni sample yang aku buat:

POSTED BY juong

Doa Qunut Dan Bacaannya


Assalamualaikum, selamat bertandang ke blog juongjournal. Hari ni, 4.5.2011 aku nak kongsi doa qunut. semoga posting ni mendapat keberkatan dari-Nya.


Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Ok, ni aku sediakan video bacaan doa qunut...





POSTED BY juong

Apa itu Poligraf



Tahukah anda bahawa alat poligraf (adakalanya dikenali juga dengan 'alat pengesan penipuan') telah digunakan buat pertama kalinya oleh perekaciptanya untuk membawa kepada keputusan dalam perbicaraan di mahkamah pada tahun 1935?

Sistem keadilan jenayah dalam kebanyakan masyarakat percaya bahawa anda boleh mengenali penipu berasaskan beberapa reaksi fisiologikal terhadap pertanyaan.


Kenaikan tekanan darah dan denyutan jantung, mulut yang kering, perpeluhan – semuanya dipercayai memberi kemungkinan terhadap perasaan bersalah. Semua faktor-faktor ini hadir ketika seseorang sedang rasa cemas, dan apakah pula sebabnya anda berasa cemas ketika disoal jawab melainkan anda sedang menipu?

Alat poligraf mengukur dan merekod reaksi-reaksi ini. Akan tetapi kaedah ini sudah tentu tidak tepat sepenuhnya. Sesetengah orang sangat mudah berasa cemas dan ketar lutut walaupun tidak wujud sebarang provokasi. Yang lain pula boleh relaks dan duduk dengan tenang walaupun sedang diancam dan diugut.

Walaupun begitu, pada 2 Febuari 1935, Leonarde Keeler, seorang detektif dan salah seorang pencipta alat poligraf Keeler, menguji alat ciptaannya pada dua suspek jenayah di Portage, Wisconsin. Hasil ujian-ujian tersebut dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dan kedua-dua suspek tersebut telah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan serangan.

sos: http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-210009.html


POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top