Tempat Menarik di Pulau Langkawi


Pulau Langkawi atau Langkawi Island merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Pulau ini amat terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga lagenda masa silam.

Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Dengan adanya status bebas cukai ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah.

Destinasi pelancongan paling menarik di Langkawi pasti membuatkan pelancong teruja untuk menerokainya. Pelancong tidak akan terlepas dari menjejaki pulau yang terkenal di Malaysia ini dengan tarikan yang menjanjikan landskap semulajadi seperti muara sungai yang mengalir di antara gunung-ganang, hutan hujan tropika yang kekal serta tempat-tempat bersejarah.


Berikut disenaraikan tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong sebelum meninggalkan Langkawi:

  1. Pantai Cenang, Langkawi
  2. Sky Bridge Langkawi
  3. Dataran Lang
  4. Kereta Kabel Langkawi (Cable Car)
  5. Underwater World Langkawi
  6. Muzium Paradise 3D Langkawi
  7. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
  8. Taman Marin Pulau Payar
  9. Air Terjun Telaga Tujuh
  10. Taman Langkawi
Untuk baca lebih details tempat-tempat menarik di langkawi ini, boleh KLIK DISINI
 



POSTED BY juong

Cara Solat Jenazah


Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap hari, kematian akan berlaku, tidak kira tua atau pun muda, itu dinamakan ajal. Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka menjadi tanggungjawab kepada orang di sekelilingnya untuk menguruskan jenazah tersebut.

Menguruskan jenazah hukumnya adalah Fardhu Kifayah iaitu jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

"Sebaik-baik solat jenazah adalah diimamkan oleh anaknya sendiri."

Mungkin ramai dikalangan kita belum mengetahui cara solat jenazah dengan betul dan terperinci, di sini saya ingin berkongsikan cara-cara solat jenazah. Semoga artikel ini menjadi panduan kepada semua.


Pengertian Solat Jenazah

Pengertian Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan dengan 4 kali takbir mengikut tertibnya.

Rukun Solat Jenazah 

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Berikut adalah rukun solat jenazah:
  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
  2. Berdiri bagi yang berupaya
  3. Bertakbir empat kali
  4. Salam 
Persediaan Solat Jenazah

Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.

Kedudukan Jenazah Semasa Melakukan Solat Jenazah
1. Jenazah Lelaki
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  kepala, dada atau bahu jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kiri imam.
2. Jenazah Perempuan
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  pinggang jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kanan imam.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Panduan Ringkas Cara Solat Jenazah

 1. Takbir Pertama: Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

Berikut adalah niat mengikut jantina (Klik untuk besarkan):



2. Setelah Takbir Kedua: Baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W

3. Setelah Takbir Ketiga: Baca doa berikut:
Untuk mayat lelaki: Allahummargh firlahu warhamhu 
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat perempuan: Allahummargh firlaha warhamha  
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah Takbir Keempat (Akhir): Beri salam. 


Rujukan:
[1] Shafiqolbu.com 
[2] Syahirul.com







POSTED BY juong

Sewa lori RORO di Kelantan 2016


Mencari lori RORO untuk di sewa di Kelantan? Anda boleh hubungi company AILC yang berpusat di Kota Bharu Kelantan. Sewaan lori RORO di kelantan bagi daerah-daerah di kelantan, seperti Kota Bharu, Pasir Putih, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Machang, Tanah Merah dan lain-lain tempat (Hubungi dulu).



Berikut adalah info berkenaan syarikat AILC yang menyediakan sewaan lori RORO tu.

Syarikat AILC menyediakan khidmat seperti berikut:

1. Sewaan Roll on Roll Off (RORO)

Aktiviti utama kami adalah sewaan RORO Bins di sekitar Kelantan. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan. Sewaan roro bins adalah bagi aktiviti pembinaan, sampah pukal dan lain-lain lagi atas permintaan anda.

2. Tong Sampah Kitar Semula

Membekal tong sampah kitar semula.

3. Khidmat Mencuci Tempat Kediaman / Persekitaran


Kami di AILC Enterprise, bukan sahaja menyediakan khidmat pungutan sampah, malah kami juga turut menyediakan khidmat membersih kediaman anda. Dan kami amatlah komited dalam hasil kerja ini agar menjamin kepuasan hati anda.

Alamat Operasi: Lot 1710, Kg Bechah Mulong, 16400 Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Cawangan: Putra Height, Selangor
No Tel: +6017.4273357 (Azizul)
Emel: kuheyjo@yahoo.com
FB: Khidmat kebersihan dan roro bins
Website: http://www.ailc.com.my



POSTED BY juong

Bahasa Kewangan Islam


1. Kalau simpan ia 'wadiah"
2. Kalau labur ia 'mudarabah'
3. Kalau di'urus' ia 'wakalah'
4. Kalau yuran ia 'ujrah'
5. Kalau TT ia 'hawalah'
6. Kalau rebate ia 'ibraa'
7. Kalau caj gantirugi  ia 'tawidh'
8. Kalau penalti ia 'gharamah'
9. Kalau berjanji ia 'waad'
10. Kalau gadai ia 'rahnu'
11. Kalau pinjam ia 'qard'
12. Kalau adat ia 'uruf'
13. Kalau gerenti ia 'kafalah'
14. Kalau bagi deposit ia 'urbun'
15. Kalau sewa ia 'ijarah'
16. Kalau jual ia 'Bai'
17. Kalau untung rugi bersama ia 'musyarakah'
18. Kalau kongsi untung beramanah ia 'mudarabah'
19. Kalau beri hadiah ia 'hibah'
20. Kalau tolong menolong ia 'takaful'

POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top