Cara Solat Jenazah


Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap hari, kematian akan berlaku, tidak kira tua atau pun muda, itu dinamakan ajal. Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka menjadi tanggungjawab kepada orang di sekelilingnya untuk menguruskan jenazah tersebut.

Menguruskan jenazah hukumnya adalah Fardhu Kifayah iaitu jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

"Sebaik-baik solat jenazah adalah diimamkan oleh anaknya sendiri."

Mungkin ramai dikalangan kita belum mengetahui cara solat jenazah dengan betul dan terperinci, di sini saya ingin berkongsikan cara-cara solat jenazah. Semoga artikel ini menjadi panduan kepada semua.


Pengertian Solat Jenazah

Pengertian Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan dengan 4 kali takbir mengikut tertibnya.

Rukun Solat Jenazah 

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Berikut adalah rukun solat jenazah:
  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
  2. Berdiri bagi yang berupaya
  3. Bertakbir empat kali
  4. Salam 
Persediaan Solat Jenazah

Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.

Kedudukan Jenazah Semasa Melakukan Solat Jenazah
1. Jenazah Lelaki
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  kepala, dada atau bahu jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kiri imam.
2. Jenazah Perempuan
  • Imam berdiri bersetentangan dengan  pinggang jenazah.
  • Kepala jenazah berada di kanan imam.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Panduan Ringkas Cara Solat Jenazah

 1. Takbir Pertama: Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

Berikut adalah niat mengikut jantina (Klik untuk besarkan):



2. Setelah Takbir Kedua: Baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W

3. Setelah Takbir Ketiga: Baca doa berikut:
Untuk mayat lelaki: Allahummargh firlahu warhamhu 
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat perempuan: Allahummargh firlaha warhamha  
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah Takbir Keempat (Akhir): Beri salam. 


Rujukan:
[1] Shafiqolbu.com 
[2] Syahirul.com







POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top