Jurutera Perisian – Perlu Penguasaan Logik
|
Pembangunan sistem komputer secara asasnya melibatkan gabungan antara perisian dan perkakasan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pemprosesan data.
Bagi memastikan rangkaian sesebuah komputer mungkin akan mengalami masalah atau ganguan. Disiplin ilmu perisian sebenarnya merujuk kepada program-program yang membenarkan komputer melaksanakan pelbagai tugasan.
Bagi sesetengah individu, bidang ini
berkemungkinan dilihat sebagai sesuatu yang sukar difahami kerana banyak melibatkan jaringan maklumat berbentuk teknikal. Oleh kerana itu, seorang jurutera perisian memerlukan penguasaan ilmu berkaitan logik dan pengaturcaraan sebelum terlibat secara langsung dalam bidang tersebut.
Dalam proses membangunkan sesebuah perisian, jurutera yang bertanggungjawab perlu mengambil perhatianterhadap konsep dan keperluan yang ingindiketengahkan. Ia adalah bertujuan supaya produk yang bakal dihasilkan kelak menepati kehendak yang telah ditentukan oleh pelanggan.
Kejuteraan perisian sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisiaan pengguna.
Implementasi perisian sistem adalah merujuk kepada kawalan perkakasan dan pengendalian sistem komputer secara lebih mudah.
Bagi perisian pengaturcaraan pula, tujuan pembinaanya adalah untuk menyediakan platform kemudahan dala pembikinan perisian itu sendiri.
Perisian penggunaan atau aplikasi, pembagunannya adalah untuk membantu pelaksanaan tugas peranti luar yang tiada kaitan dengan komputer utama.
Menggabungkan kesemua bentuk perisian itu, ia akan menghasilkan aplikasi dengan fingsi bersepadu dan berkualiti. Memndangkan bidang perkomputeran kini semakin berkembang dengan pesat, maka kerjaya sebagai jurutera perisian dilihat mempunyai masa depan yang cerah. Manakan tidak, setiap hari semakin banyak applikasi dibangunkan untuk pelbagai tujuan seperti perkhidmaatan, pendidikan mahupun hiburan.
Secara teknikalnya, pembanguan semua aplikasi itu pastinya melibatkan sokongan teknologi perisian. Bagi mendalami bidang yang penuhmencabar itu, kini terdapat banyak universiti awam dan swasta menawarkan pengajian mengenainya.
Antaranya seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Multimedia Universiti dan Universiti Limkokwing.
Peluang kerjaya yang akan digapai seperti jurutere penyelidik perisian, pereka perisian dan juruteraaplikasi perisian komputer.
diambil dari: estidotmy – Januari 2010 oleh NAZRUL AZMIN SHARUDDIN
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
1) Kaedah persenyawaan teknik bantuan Re-produktif (ART). Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan memasukkan sperma/embrio ke dal...
-
Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepad...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
Deed of Assignment atau surat ikatan tugasan adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik. Ia digunakan apabila hartanah...
-
Bermula 6 April 2016, sesiapa yang berazam nak beli rumah pertama, anda dah boleh mula buat permohonan Duit Pendahaluan 10% kat laman web K...
-
Nothing special about me. 😼
-
Salam, Nak cari Homestay @ penginapan berdekatan gua-gua di lenggong seperti Gua Puteri, Lenggong , anda boleh cari homestay M...
Post a Comment