MyDeposit 10% Pendahaluan Membeli Rumah Pertama - KPKT
|
Bermula 6 April 2016, sesiapa yang berazam nak beli rumah pertama, anda dah boleh mula buat permohonan Duit Pendahaluan 10% kat laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akhirnya, impian nak memiliki rumah pertama semakin hampir menjadi realiti. Best best!
Bagi yang belum tahu, di sini saya kongsikan sikit maklumat skim MyDeposit ni untuk bacaan dan pemahaman.
Apa itu Skim MyDeposit?
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan memperuntukkan RM200 juta sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah.
10% Deposit untuk Pembelian Rumah Baru
Skim ini berikan sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah atau bantuan maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah), untuk pembeli rumah kali pertama.
Projek Perumahan mana yang dibenarkan untuk memohon MyDeposit ni?
Hanya projek berikut sahaja yang dibenarkan:
- Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
- Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
- Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
- Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),
- Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA),
- Projek Perumahan Rakyat (PPR),
- Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP),
- dan Projek Perumahan Mesra Rakyat.
KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
- Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
- Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
- Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
- Salinan surat pengesahan majikan.
- Salinan penyata gaji terbaru.
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
- Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
- Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
- Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.
Bantuan / Masalah boleh hubungi KPKT di
Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit ):
03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
Melalui emel:
mydeposit@kpkt.gov.my
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
Encoding JSON in PHP Some years ago, JSON support was provided through the json pecl extension. Since PHP 5.2, it is included in the core ...
-
Nowadays, peoples know about programming and think that programming is killer subject. This case, you must set your mind what is better to d...
-
Pattern Result d Numeric day of month without leading zero (1, 7, 31) dd Numeric day of month with leading ...
-
This means that you have too many database connections basically. Unfortunately since the demise of svrctl, it also means that you as a DBA ...
-
Step to remove: Go to Start > Run and type: MSCONFIG , and hit enter. Click on the BOOT.INI tab and then click on "Check All Boot ...
-
Learning content is a digital resource that can be reused to support learning (Wiley, 2002). A learning content can be a single file materia...
-
In Windows 8, now that the Start Menu is now gone and replaced by the Start Screen and Charms bar. This means that if you want to restart yo...
-
Not set up a security code so that anyone trying to access your phone will need to code to get into it. Press the Nokia Menu key to the left...
Post a Comment