Pokok Delima
|
Delima, salah satu pokok tertua yang telah lama dikenali oleh manusia, cerita tentangnya banyak tercatat dalam bentuk tulisan mahupun artifak daripada pelbagai budaya dan agama.
Source: http://gilerkentang.com/ |
NAMA saintifik bagi delima ialah Punica granatum dan tergolong dalam keluarga Punicaceae. Pokok delima tidak mempunyai musim yang utama akan tetapi ia berbunga dan berbuah mengikut kepada keadaan cuaca tempatan, kadar kesuburan tanah yang tinggi dan penjagaan pokok yang sempurna.
- Kebiasaannya, pokok delima mula menghasilkan buah setelah satu hingga dua tahun selepas ditanam.
- Buah delima yang masak boleh dimakan segar dan dijadikan jus.
- Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4 meter (m) x 4 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.
- Bilangan pokok delima yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 625 pokok.
- Secara praktikalnya, pokok delima boleh dibiak dengan menggunakan biji benih dan kaedah pembiakan tut.
Setelah anak pokok berjaya ditut lebih kurang 30 hingga 40 hari untuk mengeluarkan akar dengan baiknya, ia perlu dipindahkan ke dalam polibeg dan diletakkan di bawah naungan sementara sebelum ditanam di kebun.
Secara fizikalnya, anak pokok yang melebihi umur tujuh bulan ke atas adalah amat sesuai ditanam, akan tetapi sebelum itu, pastikan pucuk pokok delima telah berwarna hijau tua dan telah matang sepenuhnya.
Ini kerana, anak pokok mempunyai akar yang tua dan matang untuk berkembang dengan cepat untuk mencari air didalam tanah.
Antara pokok delima yang ada ditanam di Taman Pertanian Universiti UPM ialah pokok delima isi merah dan pokok delima isi putih.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0214&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
Rumi ke Jawi versi Aplikasi Telefon (Buat masa sekarang, hanya pengguna telefon pintar Android sahaja boleh menggunakanya ). Aplikasi ini...
-
Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepad...
-
Pelupusan Sampah dengan cara yang betul amat penting demi kesejahteraan alam ini. Kitar Semula merupakan salah satu cara untuk melupuskan sa...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap hari, kematian akan berlaku, tidak kira tua atau pun muda, itu dinamakan ajal. Apabila sese...
-
Mengetahui seseorang itu anak yang ke berapa dalam keluarga dengan menggunakan rumusan matematik. Sebagai contohnya: Dalam keluarga anda t...
-
Assalamualaikum, selamat bertandang ke blog juongjournal. Hari ni, 4.5.2011 aku nak kongsi doa qunut. semoga posting ni mendapat keberkatan ...
-
FileMaker Pro is a cross-platform relational database application from FileMaker Inc., formerly Claris, a subsidiary of Apple Inc. It integr...
Assalamualaikum