Cara-cara Buat Partition Hard Disk


Sumber Asal: Mancis Dah Basa - Cara-cara Buat Partition Hard Disk

Partition juga boleh dibuat menggunakan Disk Management tools apabila kita dah masuk sistem Windows.

Cara-cara buka Disk Management

1. Klik Start Menu dan taip partition kat ruang Search programs dan files
Windows akan cari program tersebut dan akan paparkannya di bahagian atas.


2. Klik pada Create and format hard disk partitions
Selepas itu Disk Management akan dipaparkan.


Dalam Disk Management kita boleh tengok semua partition dan drive yang ada. Kita juga dapat lihat saiznya. Macam demo yang aku buat ni, kat dalam gambar atas cuma ada drive c:, system reserve dan cd-rom drive. Dari Disk Management tersebut kita dapat tahu bahawa drive C dan System Reserve tu berada dalam hard disk yang sama. System reserve tu adalah partition yang dibuat oleh Windows, jadi jangan ubah apa-apa yang itu.

Aku nak tunjukan macam mana nak buat satu lagi partition dari partition C.

1. Klik butang kanan mouse pada partition C
2. Klik Shrink Volume

Aku nak kecilkan partition C supaya dapat buat partition E. Dalam demo ni aku cuma ada 10GB hard disk sahaja. So, contoh yang aku buat pun kecillah.

3. Taip 1500 kat ruangan Enter the amount to shrink in MB.
Dari info diatas, aku cuma boleh dapat 2,201 MB sahaja paling maksima. Tak apalah aku cuma nak buat partition E sebesar 1,500 MB sahaja.

4. Klik butang Shrink
Dalam beberapa saat (bergantung kepada saiz), partition C akan dikecilkan kepada 8.44 GB dan ada ruang baru sebesar 1.46 GB, boleh buat partition baru di situ.

5. Klik kanan butang mouse dan klik New Simple Volume
Akan keluar Volume Wizard

6. Klik Next

7. Taipkan saiz partition baru. Kat sini aku letak maksimum 1499. Tekan Next.

8. Tetapkan huruf drive yang baru. Kat sini, drive yang baru tu ialah E

9. Format partition. Kat dalam gambar atas ni, semuanya default value. Aku cuma ubah Volume label sahaja. Tekan Next
10. Tekan Finish.

Tunggu beberapa saat/minit (bergantung kepada saiz partition.)

Dah pun siap partition baru iaitu Drive E



POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top