Apa itu Poligraf



Tahukah anda bahawa alat poligraf (adakalanya dikenali juga dengan 'alat pengesan penipuan') telah digunakan buat pertama kalinya oleh perekaciptanya untuk membawa kepada keputusan dalam perbicaraan di mahkamah pada tahun 1935?

Sistem keadilan jenayah dalam kebanyakan masyarakat percaya bahawa anda boleh mengenali penipu berasaskan beberapa reaksi fisiologikal terhadap pertanyaan.


Kenaikan tekanan darah dan denyutan jantung, mulut yang kering, perpeluhan – semuanya dipercayai memberi kemungkinan terhadap perasaan bersalah. Semua faktor-faktor ini hadir ketika seseorang sedang rasa cemas, dan apakah pula sebabnya anda berasa cemas ketika disoal jawab melainkan anda sedang menipu?

Alat poligraf mengukur dan merekod reaksi-reaksi ini. Akan tetapi kaedah ini sudah tentu tidak tepat sepenuhnya. Sesetengah orang sangat mudah berasa cemas dan ketar lutut walaupun tidak wujud sebarang provokasi. Yang lain pula boleh relaks dan duduk dengan tenang walaupun sedang diancam dan diugut.

Walaupun begitu, pada 2 Febuari 1935, Leonarde Keeler, seorang detektif dan salah seorang pencipta alat poligraf Keeler, menguji alat ciptaannya pada dua suspek jenayah di Portage, Wisconsin. Hasil ujian-ujian tersebut dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dan kedua-dua suspek tersebut telah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan serangan.

sos: http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-210009.html


POSTED BY juong

Popular Posts

.

Back to Top