Apa itu XML?
|
Sumber: Penggunaan XML
XML digunakan dalam pelbagai aspek untuk membangunkan sesuatu laman web dan kebiasaanya adalah untuk meringkaskan cara menyimpan dan perkongsian maklumat.
XML mengasingkan data dari HTML
Sekiranya anda ingin menggunakan teknik Dynamic HTML dalam laman web anda, proses mengemas kini fail-fail tersebut akan mengambil masa kerana rumit; anda perlu mengubah setiap satu persatu data yang dimasukkan (melibatkan data yang besar).
Dengan XML, ke semua data-data di simpan berasingan iaitu XML (data) dan HTML (paparan data). Melalui cara ini, anda boleh menumpukan untuk mengemas kini bentuk reka (layout) dan paparan (display) data pada fail HTML sahaja.
Manakala untuk kemas kini data-data, anda hanya perlu mengubah suai fail XML sahaja, tidak perlu melibatkan HTML. Jika anda memasukkan elemen Javascript dalam fail HTML, ia akan menggabungkan data-data dari XML dan dimasukkan dalam HTML untuk dipaparkan secara automatis.
* Anda akan mempelajarinya secara berperingkat nanti. Ikuti tutorial ini.
XML memudahkan perkongsian, penghantaran dan perpindahan maklumat
XML di simpan dalam format teks biasa (plain text). Format "plain text" ini membolehkan semua perisian untuk mengaksesnya, tidak perlu perisian tertentu.
XML memudahkan penghantaran maklumat dari pelbagai aplikasi yang berlainan di internet. Kaedah ini menjimatkan penggunaan masa tanpa perlu di tukar kepada format yang sesuatu sebelum di hantar.
Sekiranya anda melakukan pertukaran penempatan web (web hosting), untuk memindahkan data-data yang beribu akan lebih mudah dengan XML kerana sifat "plain text"nya.
XML digunakan oleh pelbagai aturcara
Banyak bahasa pengatur cara di internet sekarang yang menggunakan format XML dalam atur caranya seperti:
- XHTML
- WSDL
- WAP dan WML
- RSS
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
Rumi ke Jawi versi Aplikasi Telefon (Buat masa sekarang, hanya pengguna telefon pintar Android sahaja boleh menggunakanya ). Aplikasi ini...
-
1) Kaedah persenyawaan teknik bantuan Re-produktif (ART). Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan memasukkan sperma/embrio ke dal...
-
Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepad...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
ni plak projek multimedia aku.... komen sikit! huhu..
-
Salam, Nak cari Homestay @ penginapan berdekatan gua-gua di lenggong seperti Gua Puteri, Lenggong , anda boleh cari homestay M...
-
Cara Pengiraanya: Jumlah Stem Duti = [ ( Kadar Sewa Bulanan X 12 – 2400 ) / 250 ] X Jumlah Tahun Perjanjian Contoh pengiraan untuk sewaa...
-
Mengetahui seseorang itu anak yang ke berapa dalam keluarga dengan menggunakan rumusan matematik. Sebagai contohnya: Dalam keluarga anda t...
-
Deed of Assignment atau surat ikatan tugasan adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik. Ia digunakan apabila hartanah...
Post a Comment