Cara-cara Buat Partition Hard Disk
|
Sumber Asal: Mancis Dah Basa - Cara-cara Buat Partition Hard Disk
Partition juga boleh dibuat menggunakan Disk Management tools apabila kita dah masuk sistem Windows.
Cara-cara buka Disk Management
1. Klik Start Menu dan taip partition kat ruang Search programs dan files
Windows akan cari program tersebut dan akan paparkannya di bahagian atas.
2. Klik pada Create and format hard disk partitions
Selepas itu Disk Management akan dipaparkan.
Dalam Disk Management kita boleh tengok semua partition dan drive yang ada. Kita juga dapat lihat saiznya. Macam demo yang aku buat ni, kat dalam gambar atas cuma ada drive c:, system reserve dan cd-rom drive. Dari Disk Management tersebut kita dapat tahu bahawa drive C dan System Reserve tu berada dalam hard disk yang sama. System reserve tu adalah partition yang dibuat oleh Windows, jadi jangan ubah apa-apa yang itu.
Aku nak tunjukan macam mana nak buat satu lagi partition dari partition C.
1. Klik butang kanan mouse pada partition C
2. Klik Shrink Volume
Aku nak kecilkan partition C supaya dapat buat partition E. Dalam demo ni aku cuma ada 10GB hard disk sahaja. So, contoh yang aku buat pun kecillah.
3. Taip 1500 kat ruangan Enter the amount to shrink in MB.
Dari info diatas, aku cuma boleh dapat 2,201 MB sahaja paling maksima. Tak apalah aku cuma nak buat partition E sebesar 1,500 MB sahaja.
4. Klik butang Shrink
Dalam beberapa saat (bergantung kepada saiz), partition C akan dikecilkan kepada 8.44 GB dan ada ruang baru sebesar 1.46 GB, boleh buat partition baru di situ.
5. Klik kanan butang mouse dan klik New Simple Volume
Akan keluar Volume Wizard
6. Klik Next
7. Taipkan saiz partition baru. Kat sini aku letak maksimum 1499. Tekan Next.
8. Tetapkan huruf drive yang baru. Kat sini, drive yang baru tu ialah E
9. Format partition. Kat dalam gambar atas ni, semuanya default value. Aku cuma ubah Volume label sahaja. Tekan Next
10. Tekan Finish.
Tunggu beberapa saat/minit (bergantung kepada saiz partition.)
Dah pun siap partition baru iaitu Drive E
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepad...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
Mengetahui seseorang itu anak yang ke berapa dalam keluarga dengan menggunakan rumusan matematik. Sebagai contohnya: Dalam keluarga anda t...
-
Salam, Nak cari Homestay @ penginapan berdekatan gua-gua di lenggong seperti Gua Puteri, Lenggong , anda boleh cari homestay M...
-
Delima, salah satu pokok tertua yang telah lama dikenali oleh manusia, cerita tentangnya banyak tercatat dalam bentuk tulisan mahupun artifa...
-
1. Menuduh Islam menyembah berhala Pada zaman serba moden ini pelbagai perkara yang boleh berlaku. Antaranya orang barat menuduh umat islam...
-
Hari ni aku nak kongsi penunjuk arah kiblat...teruja dapat tahu aplikasi online ni...aplikasi ni amat berguna kpd sesiapa yang amat memerluk...
-
Pelupusan Sampah dengan cara yang betul amat penting demi kesejahteraan alam ini. Kitar Semula merupakan salah satu cara untuk melupuskan sa...
-
Assalamulaikum Wbt kepada yang bertandang ke blog juong-journal. Sebelum pergi lebih jauh, aku nak tanya korang, kenal tak dengan lambang / ...
Post a Comment