Drop-shipping haram atau halal??


kali ni juong a.k.a zulasyraf nak buat coretan kat blog ni pasal Drop shipping. Sebelum pergi jauh, elok la saya terangkan maksud drop-shipping ni. Drop-shiping adalah kita yang menjadi agen kpd sesebuah syarikat sebagai promoter dan jika pelanggan berminat dengan barang yang kita war-war kan @ promosikan so syarikat tadi akan menghantar barang yang di tempah kepada pelanggan kita. kurang faham? ok saya terangkan mengikut list.


langkah -langkah dalam drop-shipping:
1. Daftar sebagai agen dengan syarikat penyedia barang (cth: peralatan komputer)
2. membuat promosi di internet tetang barang tersebut.
3. pelanggan berminat dgn barang yang kita promosi.
4. pelanggan membuat bayaran dengan harga yang telah ditetapkan kita.
5. kita membuat pembelian barang dgn harga yg ditetapkan oleh syarikat tersebut.
6. kita nyatakan alamat penerima (pelanggan yang membuat tempahan dgn kita)kepada syarikat itu.
7. syarikat akan menghantar barang kepada pelanggan yg membuat pembelian tadi tanpa mempromosikan syarikat mereka.
8. proses drop-shipping selesai.

ok faham sudah ye....hehe...

Berbalik ke tajuk asal iaitu drop-shipping halal atau haram???
so ini lah yang menghantui diri saya dalam menceburi bidang perniagaan internet. ada yang mengatakan ia nya di bolehkan dan ada juga kata tidak boleh.

Tidak boleh atas sebab barang yang ingin di jual itu tiada dgn kita. kita hanya mempromosikan barang yang belum diketahui baik buruknya. seterusnya menjual terus kepada pelanggan tanpa mengetahui keadaan dan rupa bentuk barang yang ingin di jual.

itu yang kata tidak boleh! yang kata boleh lain cerita plak..Boleh dalam drop-shipping ni kerana mereka mengatakan barang yang dipromosikan ada , cuma ianya berada di syarikat. lagi,mereka mengatakan barang tersebut baik dan ada jaminan jika barangan tersebut rosak.

[Update 10 Sept 2013]
Kesimpulannya agent dropship Boleh. untuk keterangan lebih lanjut. Boleh lihat di sini Hukum Dropshiping

2 Responses to : Drop-shipping haram atau halal??

Popular Posts

.

Sila Klik, Untuk  Menempah Web Profesional!
Facebook Page
Facebook Page
Back to Top